MAKANAN UNTUK TAMBAH HB JADI TINGGI
Sebelum mengandung An tak pernah pun nak ambik tahu mengenai pemeriksaan yang patut dilakukan oleh seorang ibu mengandung. Bila dah mengandung, barulah An tahu ibu mengandung patut buat pemeriksaan HB, ujian air kencing, pemeriksaan tekanan darah dan timbang berat badan. Mereka perlu jalani pemeriksaan kerana sering kali kerap mempunyai masalah pada kesihatan seperti HB rendah.
Apa itu HB?. HB adalah singkatan bagi Hemoglobin. HB ialah molekul protin di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan. ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam hemoglobin memberikan warna merah pada darah. Bacaan normal untuk ibu mengandung mestilah lebih dari 10gm%.
HB rendah boleh di atasi dengan pengambilan makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi. Antara makanan yang mempunyai kandungan zat besi tinggi termasuklah ;
1- Buah kurma, kismis, madu, buah delima. Makanan-makanan sunnah ini kaya zat besi, vitamin dan mineral yang penting untuk tubuh.
2- Sayur-sayuran hijau seperti brokoli dan bayam mengandungi tinggi vitamin, zat besi dan asid folik.
3- Daging merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi yang mana zat besi daripada haiwan mudah diserap oleh badan kita berbanding dengan zat besi daripada sumber lain.
4- Kekacang seperti badam merupakan makanan yang bagus untuk tambah darah. Jadikan kekacang sebagai snek harian ibu.
5- Oat juga makanan penyumbang kepada penambahan darah merah. Ianya mudah dicernakan dan ibu hamil patut mencubanya!
6- Ibu yang mempunyai HB rendah patut mengambil vitamin untuk menaikkan HB. Suplemen semulajadi yang selamat seperti Vitalea, B-complex dan Vitamin C adalah sangat sesuai.
Vitalea
Membekalkan keperluan asas kesemua 12 jenis vitamin dan 9 mineral yang diperlukan tubuh dengan tambahan zat besi. Zat besi (iron) adalah sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.
B-complex
Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan badan manusia. Asid folik juga penting dalam pembentukan sel darah anda.
Vitamin C
Membantu meningkatkan penyerapan iron dari makanan dan suplemen anda.
An sendiri mengamalkan makan makanan yang tinggi zat dan mengambil vitamin Shaklee sebagai alternatif menambah baikkan kesihatan ketika mengandung. Alhamdulillah HB An sentiasa tinggi dan belum pernah lagi bawah dari 10gm%.
Bahaya ke bila HB rendah?.
Dah tentu bahaya, antara risiko yang bakal dihadapi ibu mengandung ialah ;
- Mudah mendapat jangkitan
- Jika berlaku pendarahan, keadaan akan lebih mudarat
- Mudah mendapat penyakit lemah jantung.
- Kematian ibu
Anak dalam kandungan juga berisiko untuk
- Keguguran.
- Pembesaran janin terbantut.
- Anak lahir tidak cukup bulan.
- Anak lahir kurang berat badán.
- Anak meninggal dalam kandungan
Nampakkan kesannya pada Ibu dan bayi. Jadi ibu-ibu mengandung jangan mengelat untuk mengambil vitamin dan makan makanan yang tinggi zat. Tak lalu pun kena makan juga. 40 minggu je pun. Nak tak nak, kena ambil kedua-duanya juga.
Sekiranya ibu-ibu ada keinginan nak membeli vitamin Shaklee. Hubungi/whattapps An di nombor
019-4175768
019-4175768
019-4175768
Membekalkan keperluan asas kesemua 12 jenis vitamin dan 9 mineral yang diperlukan tubuh dengan tambahan zat besi. Zat besi (iron) adalah sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.
Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan badan manusia. Asid folik juga penting dalam pembentukan sel darah anda.
Membantu meningkatkan penyerapan iron dari makanan dan suplemen anda.
- Jika berlaku pendarahan, keadaan akan lebih mudarat
- Mudah mendapat penyakit lemah jantung.
- Kematian ibu
- Pembesaran janin terbantut.
- Anak lahir tidak cukup bulan.
- Anak lahir kurang berat badán.
- Anak meninggal dalam kandungan
019-4175768
019-4175768
Post a Comment