BAGAIMANA SAYA SENTIASA KEKAL DALAM BISNES
Bila dah mula buat bisnes Shaklee ni, rasa sayang pula nak berhenti.
Apa yang buat an terus kekal dengan bisnes ni ialah ;
1) Bisnes Shaklee ada guru yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan sentiasa memberi galakkan dan motivasi. Ilmu mengenai produk dan marketing turut diajar agar pengedar lebih berpengetahuan. Coaching bersama upline boleh di buat secara online dan offline. Dan coaching juga boleh dibuat secara personal antara an dan upline. Jadi dari situ, upline dapat membantu an sekiranya an menghadapi masalah pada bisnes. Dari situ, an dapat keluar dari permasalahan.
2) Bisnes Shaklee ni bisnes berkumpulan. Walaupun kami menjual benda yang sama, kami buat sama-sama. Kami sama-sama berkongsi ilmu, berkongsi kesan kebaikkan mengambil Shaklee, berkongsi strategi jualan, berkongsi poster dan saling menyokong antara satu sama lain. Tiada istilah dengki mendengki kerana semua mendapat ilmu yang sama. Siapa yang buat lebih, dia yang mendapat lebih.
3) Bisnes Shaklee ni menjadikan kawan sebagai pesaing sihat untuk berjaya. An akan bersaing dengan kawan-kawan kumpulanan untuk sama-sama berjaya. Dan kami saling berlumba-lumba untuk buat yang terbaik dalam bisnes masing-masing. Kawan-kawan la pembakar semangat untuk terus kekal berjaya. Kami sama-sama bersaing untuk mendapatkan reward buat diri kami sendiri. Ini mengeratkan lagi ukhwah dalam kumpulan. Dan An tak keseorangan dalam bisnes ini.
4) Di dalam bisnes Shaklee, kami di ajar sentiasa ada plan dan target. Setiap bulan kami di minta untuk membuat target agar kami berusaha untuk mencapai target tersebut. Ini menjadikan kami berfikiran positif untuk membuat yang terbaik. Niat perlu di perbetulkan setiap kali membuat target. Di mana kami ditekankan untuk berniat membantu orang ramai untuk mengamalkan cara hidup lebih sihat.
5) Tiada alasan untuk berjaya.
Setiap orang ada permasalahan sendiri. Macam an sendiri dengan anak-anak yang masih kecil, mengandung pula tu dan masih bekerja menuntut pengorbanan dari segi masa. Bagi An, pengorbanan an masih sikit. Bila tengok otai-otai yang telah berjaya, pengorbanan mereka lagi besar. Dan setiap orang ada kemampuan sendiri. Buat ikut kemampuan sendiri dan kita tidak boleh menjadi orang lain. Yang pasti, kita kena sentiasa bersemangat untuk berjaya. Dan pengorbanan ini akan menjadi satu kenangan apabila telah berjaya.
Itu di antara sebab kenapa an kekal dengan bisnes shaklee. Setiap kepayahan, pasti ada kejayaan.
Semoga An terus istiqamah dalam bisnes Shaklee selamanya.
Post a Comment