7 PETUA CEPAT HAMIL
Masih “kosong” selepas beberapa bulan berkahwin. Hal ini sering kali mengundang keresahan buat ramai pasangan.
Tekanan semakin terasa apabila ada yang mula menanyakan "Tak da tanda-tanda lagi ke?", "Belum berisi lagi ke?"
Pertanyaan yang menambahkan lagi resah dan stress buat wanita.
Mari An kongsikankan beberapa petua untuk hamil. Petua-petua ini an sendiri praktikkan selepas setahun masih belum ada tanda-tanda mengandung.
1) Ketahui waktu subur.
Penting untuk setiap wanita untuk mencatat waktu haid datang dan habis. Dari sini kita boleh tahu bila waktu subur bagi seseorang wanita.
2) Pastikan Berat Badan Unggul.
Orang kata bila gemuk ni susah nak mengandung. Rasanya tak juga. Ada ja yang gemuk tapi subur. Yang kurus pun tak semestinya cepat mengandung. Itu rezeki namanya.
.
Seeloknya dapat berat ideal. Jaga BMI supaya ideal. Ini untuk kesihatan dan persediaan untuk hamil. Bila gemuk ni, masalah kesihatan mudah datang.
.
Jadi penting untuk jaga pemakanan dan selalu bersenam. Amalkan makanan sunnah juga seperti kurma, kismis, madu dan Habatus Sauda.
3) Lakukan hubungan intim dengan kerap.
Ini untuk memastikan peluang mengandung lebih tinggi.
4) Ambik suplemen.
Nasihat dari Pakar Sakit Puan Dr. Hamid Arshat buat pasangan yang mahu mendapat zuriat. Antara nasihat beliau adalah ikhtiar dengan pengambilan suplemen Multivitamin, Vitamin E, Vitamin C, Fish Oil dan Asid Folic. Ini penting untuk memperlengkapkan nutrisi dalam badan.
5) Berjumpa dengan pakar.
An sendiri selepas setahun berkahwin masih belum ada tanda-tanda mengandung. An sendiri buat pemeriksaan kesuburan dan untuk mengetahui masalah lain. Jangan tunggu lama2. Buat seawal yang boleh.
6) Elakkan tekanan.
Stress ni salah satu punca susah nak mengandung. Ambik B complex untuk kurangkan stress.
7) Lakukan amalan rohani.
Banyakkan berdoa, bertahajud, solat taubat dan zikir. InsyaAllah, Allah mendengar permintaan kita.
Semoga 7 petua ini bermanfaat untuk kita praktikkan. Jangan putus asa. Allah sedang memberi pahala atas kesabaran kita. Syukur di uji oleh Allah.
Hubungi An untuk dapatkan suplemen kesihatan yang selamat.
Shalehan
019-4175768
Post a Comment