BISNES DAN PENGURUSAN MASA

Bila dah mula buat side income ni, memang menuntut pengorbanan yang besar.

Bukan mudah nak uruskan 2 keja dalam satu masa. Pengurusan masa kena buat dengan betul.

Macam an masih keja makan gaji. Keluar pukul 7.15am. sampai rumah pukul 7.30pm.

Masa untuk An tak banyak. Jadi bila sampai rumah, An kena layan anak-anak dulu. Bagi depa makan, main-main sat dgn depa. Sambil-sambil tu uruskan keja rumah seperti basuh kain dan lipat kain.

Anak-anak an suka tido lambat. Jadi, sambil2 layan depa. An akan siapkan task, taip karangan untuk blog, buat buffer untuk post esok, join kelas online, study pasal produk, layan customer yang mesage dan siapkan tempahan customer untuk di post esok.

Sejak kandungan masuk 6 bulan ni, an cepat letih. Jadi an selalu tido dulu. Pukul 1@2 an akan bangun balik siapkan hal-hal bisnes.

Untuk Restok barang dan COD barang An akan buat selepas waktu kerja. Untungnya An branch satu jalan dengan tempat keja. Jadi lepas keja an akan singgah beli stok. Pos barang an buat waktu rehat.

Bila tak sempat, An akan minta tolong suami buatkan. Kadang tu kami pergi sama-sama COD barang selepas an balik keja.

Begitu la rutin harian an menguruskan kerja hakiki, keluarga dan bisnes .

Masa memang kena urus dengan sebaiknya. Tak boleh buang masa dan perlu buat dengan segera.

FAST ACTION FAST RESULT.

No comments

Terima kasih view blog saya, saya reply mesej Tuan/Puan secepat yang boleh, T.kasih

PENGEDAR SAH SHAKLEE TASEK GELUGOR AN 0194175768. Powered by Blogger.